Tutup

AI: China yang lebih inklusif dan hutang Arab Saudi kepada dunia Islam

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Presiden Kehormat di Universiti Renmin, Beijing dan mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil kerajaan China. Mesej beliau mengenai dinamik diplomasi dan ekonomi politik berasaskan inklusiviti perlu kekal menjadi ramuan yang mengadunkan hubungan Malaysia-China serta seluruh rantau Asia. AI minggu ini juga menyaksikan Anwar tidak membisu mengenai impak pembunuhan wartawan terkenal, Jamal Khashoggi yang menjadi mangsa kekejaman Arab Saudi.