Tutup

Ainul Mardhiah selamat pulang ke tanah air

Selepas lebih dua bulan dirawat di kota London, bayi perempuan berusia 11 bulan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin selamat pulang ke tanahair. Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ainul dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan dan pemantauan.