Air dan sabun prosedur diterima universal untuk nyah toksik

Air dan sabun merupakan prosedur yang diterima secara universal dalam proses menyahkan bahan toksik dan kimia. Perkara itu diakui pakar toksik klinikal bebas, Datin Dr Ranjini Sivaganabalan pada perbicaraan kes pembunuhan Kim Jong Nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pada Rabu.