Air pasang besar: Penduduk panik, paras air meningkat mendadak

Hujan lebat di Hulu Terengganu semalaman menyebabkan kawasan muara sungai di Kemaman, Terengganu mula dilanda banjir awal pagi Khamis. Fenomena air pasang besar memburukkan lagi keadaan apabila banyak penempatan penduduk di muara sungai berkenaan mula ditenggelami air.