Air pasang besar tarik pengunjung ke TNJTP

Setiap kali hujung tahun, fenomena air pasang besar menarik pengunjung di Taman Negara Johor Tanjung Piai, TNJTP. Sejak hujung minggu lalu, ramai pengunjung ke taman negara untuk melihat serta merasai sendiri air pasang besar di kawasan pintu masuk destinasi berkenaan.