Tutup

AirAsia ambil alih laluan KK-Sibu dan KK-Bintulu

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan mengambil alih laluan Kota Kinabalu-Sibu dan Kota Kinabalu-Bintulu daripada Mas Wings Sdn Bhd bermula Januari 2019, selepas mendapat kelulusan kabinet minggu lalu. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kontrak sedia ada bersama Mas Wings yang sepatutnya berakhir pada 2024 akan ditamatkan.