Tutup

AirAsia cabar Mavcom berhubung perkhidmatan di KLIA2, PSC

AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd memfailkan permohonan semakan kehakiman, mencabar Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) kerana menolak untuk membuat keputusan mengenai pertikaian antara Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASSB) dan syarikat penerbangan tersebut. Syarikat tambang murah itu dalam satu kenyataan berkata, pertikaian tersebut mengenai caj perkhidmatan penumpang (PSC) dan tahap perkhidmatan yang lemah di KLIA2.