Tutup

AirAsia mulakan penerbangan Johor - Ipoh

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad memperkenalkan laluan baharu dari Johor Bahru ke Ipoh bermula Isnin. Penerbangan sulung dari Johor Bahru ke Ipoh yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada jam 8.40 pagi disambut Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.