Tutup

Akan terus 'ugut' jika tiada tindakan positif

Sementara itu, Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan beliau akan terus 'mengugut' kerajaan sekiranya gagal mengambil tindakan sewajarnya dalam membantu nasib pemandu teksi. Memberi reaksi terhadap jawapan balas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan beliau agar tidak mengugut kerajaan, Shamsubahrin menegaskan ia bukan ugutan sebaliknya realiti.