Tutup

Akaun Facebook hina Agong mungkin dikendali warga asing

Polis tidak menolak kemungkinan akaun laman sosial Facebook ?Sabah-Sarawak merdeka? yang menghina Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikendalikan warga asing. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata setakat ini polis sudah mengambil segala tindakan mengesan suspek termasuk menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).