Akta berkaitan media bakal dikaji

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu dikaji semula bagi memastikan ia relevan dalam arus dunia masa kini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan mahu kebebasan penulisan dan penerbitan serta penyiaran bahan-bahan itu tidak terlalu terkongkong dengan garis panduan sedia ada.