Tutup

Akta Hasutan, SOSMA antara akta yang akan dilihat semula - KDN

Kementerian Dalam Negeri KDN akan melihat semula akta berkaitan keselamatan seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu. Menurut Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, satu jawatankuasa khas telah ditugaskan menilai setiap sudut sebelum membuat keputusan pemansuhan.