Akta Pembiayaan Politik bukan aniaya parti

Penggubalan Akta Pembiayaan Politik memastikan undang-undang itu kelak bukan bertujuan menganiaya mana-mana parti politik. Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Datuk Seri Akhbar Satar berkata, ia sekali gus memastikan rakyat mempunyai kepercayaan setiap siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memilih bulu.