Akta POCA perlu dikaji semula - TPM

Kerajaan akan mengkaji semula Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) agar tahanan juvana tidak disamakan atau disatukan dengan tahanan dewasa. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tahanan juvana tidak sepatutnya didedahkan dalam persekitaran seumpama itu.