Aktivis wakili keluarga Amri ulangi kerisauan integriti siasatan

Ahli keluarga aktivis sosial yang diculik, Amri Che Mat menghargai langkah kerajaan menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat semula proses pengendalian kes tersebut. Bagaimana menurut peguam aktivis yang mewakili keluarga Amri, Sheryl Stothard, mereka masih khuatir komposisi pasukan tersebut akan mempengaruhi ketelusan dan integriti siasatan tersebut.