Al Sultan Abdullah akan cuba sedaya upaya lunaskan tanggungjawab

Sultan Pahang, Al Sultan Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan cuba sedaya upaya lunaskan tanggungjawab sebagai Yang Di-Pertuan Agong. Al- Sultan Abdullah yang dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2019 juga berkata Baginda sudah pasti memerlukan nasihat dan panduan disamping kerjasama agar dapat melaksankan tugas yang terbaik.