Al-Sultan Abdullah lafaz sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-16

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri?ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.