Aliran sains, sastera disatukan: adakah Malaysia bersedia?

Selepas keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), kebanyakan pelajar didakwa mengalami masalah apabila diminta membuat pilihan untuk mengambil aliran semasa menyambung pelajaran ke tingkatan 4. Ini kerana ada pelajar yang bijak dalam subjek matematik dan sains tetapi lebih selesa serta minat kepada subjek kesusasteraan. Ada juga yang ingin mengambil aliran kesusasteraan dan kesenian, namun berminat dalam subjek kimia. Bagaimanapun, pemilihan subjek daripada kedua-dua aliran masih belum dibenarkan. Persoalannya, mampukah idea ini direalisasikan dan adakah Malaysia bersedia untuk perubahan ini?