Aliran trafik di Kuala Terengganu-Kuala Nerus menjelang Aidilfitri

Jika sebelum ini Jambatan Sultan Mahmud yang menjadi laluan utama penduduk Terengganu untuk merentasi Kuala Terengganu ke Kuala Nerus. Ia menjadikan laluan itu sesak lebih-lebih lagi semasa waktu puncak antara jam 7 hingga 7.45 pagi memandangkan ia pilihan penduduk untuk ke tempat kerja di pusat bandar. Situasi itu akan bertambah sesak lazimnya pada musim perayaan Aidilfitri dengan pertambahan kenderaan memasuki negeri Terengganu.