Allahyarham Abdul Bari dikenang sebagai wira

Kematian pemancing Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd yang cuba menyelamatkan lima mangsa sebuah kereta pacuan empat roda yang terjunam di muara sungai Terengganu pada Jumaat pastinya dikenang sebagai wira. Tindakan berani dan pantas Abdul Bari terjun tanpa mengira risiko yang menanti bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada ahli keluarga sebaliknya seluruh masyarakat.