Almarhum Sultan Ahmad Shah selamat dimakamkan

Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Pekan, di sini pada 4.35 petang tadi. Jenazah Almarhum disemadikan bersebelahan pusara isteri Baginda Tengku Ampuan Pahang Tengku Afzan Tengku Muhammad, yang mangkat pada 29 Jun, 1988.