Aman Palestin Berhad lancar jelajah Lensa Pejuang Momen Faiz

Menyedari kesengsaraan yang dilalui masyarakat Gaza Aman Palestin melancarkan inisiatif galeri jelajah Lensa Pejuang Momen Faiz yang dibuka sebulan bermula hari ini. Bertempat di hab media kreatif dan teknologi, Universiti Teknologi Mara Uitm Shah Alam program itu diperkenalkan bagi membantu mengumpul dana dan tanda solidariti terhadap penduduk di Palestin.