Tutup

Amaran angin kencang & ribut petir

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di beberapa negeri seperti di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pantai Barat Johor dan Kudat, Sabah. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. Untuk mengulas berkenaan situasi tersebut serta ramalan kaji cuaca untuk minggu ini, kita bersama Dengan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail.