Ambil kira faktor calon tempatan - MB Selangor

Calon tempatan adalah antara faktor yang telah diambil kira untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini. Menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, beberapa nama calon untuk bertanding telah diserahkan kepada kerajaan pusat.