Anak Menteri ditahan positif ganja

Anak lelaki kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, disahkan ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam Ops Hiburan Bersepadu di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam. Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Azhar Mad Dali ketika ditanya mengenai desas desus itu, mengesahkan individu itu melalui aplikasi Whatsapp. Operasi tersebut dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pemantuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sebuah pusat hiburan di jalan Ampang.