Anak muda inginkan perubahan hala tuju masa depan mereka

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta supaya tidak mensia-siakan aspirasi yang diberikan oleh golongan muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Exco Hal Ehwal Akademik dan Mahasiswa Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin berkata anak muda inginkan perubahan dalam soal hala tuju negara yang sedikit sebanyak akan menentukan masa mereka.