Anak Musa Aman kini ahli Bersatu Sabah

Anak bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang juga Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa diumumkan sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia sejak Januari lalu. Perkara berkenaan disahkan Penyelaras Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.