Ancaman binatang berbisa semasa musim hujan

Musim hujan khususnya yang mula melanda Pantai Timur mengundang kehadiran binatang berbisa memasuki kediaman dan kenderaan. Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Kelantan mengingatkan orang ramai berhati hati dengan kehadiran binatang berbisa yang menyusup masuk ke dalam rumah dan juga kenderaan untuk berlindung.