Ancaman bom palsu: Tujuh lelaki ditahan di Ipoh

Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit berhubung kejadian ancaman bom palsu di sebuah restoran makanan segera di Ipoh Garden, pada malam semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 20 dan 33 tahun itu juga merupakan pekerja restoran berkenaan.