Ancaman Chikungunya, saringan di sempadan dipertingkatkan

Jabatan Kesihatan Perlis kini meningkatkan kesedaran ancaman wabak Chikungunya dikalangan penduduk dan pelancong di negeri itu terutamanya di pintu masuk sempadan. Ia sebagai langkah awal dalam menghadapi risiko wabak berkenaan yang kini kembali menyerang di beberapa kawasan di Thailand.