Tutup

Anggota APMM menjadi mangsa Zika

Jenazah mangsa virus Zika, Leftenan Muda Mohamad Ikmal Ibrahim diterbangkan menggunakan pesawat Agustawestland Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke Kuantan jam 4.30 petang Jumaat. Pengarah APMM Pahang, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar memaklumkan jenazah telah diterbangkan selepas Solat Jumaat dari Hospital Manjung ke Kuantan untuk dibawa ke rumah warisnya di Taman Rasau Perdana Jalan Kuantan, Pekan.