Anggota polis belum terlambat selagi belum pakai baju oren

Mana-mana anggota polis yang terpengaruh dengan perkara tidak baik disifatkan masih belum terlambat dan berpatah balik ke pangkal jalan jika belum memakai baju oren. Sambil merujuk kepada warna baju tahanan lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengingatkan pegawainya agar kembali setia kepada khidmat semasa mula-mula menyertai pasukan itu dahulu.