Tutup

Anggota polis lemas selamatkan anak ditemui

Mayat anggota polis yang lemas dihanyutkan arus deras selepas cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh di Sungai Muar Isnin lepas berjaya ditemui pagi tadi. Lans Koperal Mohd Fairuz Mohd Hashim, 36 tahun, ditemui di tepi jeti nelayan Sungai Senduk, Sungai Mati, Tangkak oleh orang awam kira-kira 7.30 pagi.