Video  | Dunia

Anggota SEAL Thailand diberi penghormatan wira

Anggota Tentera Laut SEAL Thailand yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa gua Tham Luang diberi penghormatan 'wira' apabila mereka pulang ke Pangkalan Sattahip, Teluk Thailand. Panglima Angkatan Diraja Thailand, Laksamana Rangsarit Sattayanukul mengucapkan terima kasih kepada anggota SEAL dalam upacara khas itu.