Anggota UMNO tidak boleh terlibat dalam PRK PD

Jentera UMNO bahagian telok kemang tidak boleh mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson walaupun ada yang menyokong calon tertentu. Menurut Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai jentera di bahagian mereka tidak boleh mengambil bahagian kerana Barisan Nasional dan UMNO memboikot PRK tersebut.