Anugerah Tenaga Kebangsaan beri semangat untuk lebih inovatif

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah menganjurkan Majlis Makan Malam Gala Anugerah Tenaga Kebangsaan. Ia dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memacu dan mempromosikan amalan terbaik dalam bidang kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.