Anwar akui Tun M terbaik terajui negara

Calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu terbaik untuk memimpin negara disaat kritikal ini. Dalam ceramah mega di PRK Port Dickson, Anwar berkata dalam keadaan negara yang sedang kritikal ini lebih baik Dr Mahathir menerajui negara.