Anwar Ibrahim sendiri pilih bertanding di Port Dickson

Keputusan memilih untuk bertanding di kerusi parlimen Port Dickson dibuat sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, anwar memilih Port Dickson selepas tiga ahli parlimen menulis kepada beliau dan menawarkan kerusi mereka untuk dikosongkan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR itu.