Tutup

Anwar sah Presiden PKR, Azmin kekal Timbalan

Bermula hari ini, PKR, komponen dalam Pakatan Harapan yang membentuk kerajaan dipimpin barisan baharu. Antara lain, seperti dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sah sebagai Presiden PKR. Manakala Timbalannya ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menewaskan bekas Naib Presiden, Rafizi Ramli. Senarai barisan kepimpinan tertinggi majlis pimpinan pusat bagi penggal 2018-2021 itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat JPP Datuk Rashid Din.