Anwar sambut baik sokongan parti lawan yang bantunya berkempen

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik mana-mana pihak termasuk pemimpin parti lawan yang ingin membantunya berkempen di Pilihan Raya Kecil Port Dickson. Presiden PKR itu bagaimanapun menegaskan, sebarang keputusan mengenai isu itu diserahkan sepenuhnya kepada jentera dan jawatankuasa pemilihan parti.