Tutup

Anwar selesa dikritik, ia budaya sihat

Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesa dikritik dan ditegur. Menurut Anwar, ia merupakan suatu budaya yang sihat. Beliau mengulas mengenai ruang demokrasi era Malaysia Baharu yang menyaksikan keterbukaan dan rakyat lebih bebas mengkritik ahli politik tanpa perlu rasa bimbang. Ia dapat disaksikan sepanjang tempoh kempen PRK Port Dickson.