Tutup

Anwar tersinggung didakwa tumpu peralihan kuasa

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tersinggung selepas didakwa terlalu memberi tumpuan kepada proses peralihan kuasa antara dirinya dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Presiden Parti Keadilan Rakyat itu menegaskan keutamaan seharusnya diberikan kepada usaha yang dilakukan Pakatan Harapan melaksanakan janji kepada rakyat.