Apa faktor pemandu e-hailing enggan menjadi pencarum PERKESO?

Hanya 5 peratus dariapada 300 ribu pemandu pengangkutan awam seluruh negara membuat caruman di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan kegagalan mencarum hanya merugikan pihak pemandu sekiranya ditimpa kemalangan ketika bertugas. Untuk mengulas lebih lanjut dari sudut pandangan e-hailing, sudah bersedia di talian adalah Presiden Persatuan Pemandu Grab Malaysia (GDMA), Arif Asyraf Ali.