Apa yang baharu tentang bubur lambuk Kampung Baru?

Setiap kali Ramadan, bubur lambuk Kampung Baharu pasti jadi sebutan. Namun baru-baru ini ada cerita yang kurang enak didengar bahawa terdapat segelintir pihak yang mengambilnya secara percuma dan kemudian menjualnya di sekitar lorong di Kampung Baharu. Ia membuka persoalan, kenapa bubur lambuk Masjid Kampung Baharu ini begitu istimewa sehingga jadi rebutan. Rakan setugas, Hilmi Malik, di Kampung Baharu sekarang untuk tinjauan langsung di sana.