Apa yang kita tahu tentang SST?

Ramai yang nak tahu dan ini jadi tumpuan Astro awani minggu ini, Kastam dijangka mengeluarkan senarai barangan minggu ini. 5,443 barangan yang tidak dikenakan SST, 10 kali ganda lebih besar daripada jumlah barangan yang dikecualikan GST. SST 38 peratus barangan dalam "bakul barangan" Indeks Harga Pengguna (CPI), berbanding GST lebih 60 peratus. Sebahagian besar barang keperluan asas dijangka terus dikecualikan cukai ? beras, ikan, daging, ayam, sayur-sayuran, dan ubat-ubatan tidak akan dikenakan cukai jualan. Lampin, makanan bayi serta botol susu. Juga perkhidmatan kesihatan seperti konsultasi dan ambulans.