Apakah cara selesaikan gelora PKR?

Gelora politik dalam Parti Keadilan Rakyat, PKR, ketika ini bukanlah fenomena baru dan tidak asing dalam politik arus perdana di Malaysia. Menurut Profesor Pengajian Sosiologi Politik USM, Prof Dr Sivamurugan Pandian, gelora ini turut akan memberi kesan kepada ahli PKR dan Pakatan Harapan.