Aplikasi WhatsApp terganggu di seluruh dunia

Aplikasi mudah alih popular WhatsApp melaporkan berlaku gangguan perkhidmatan pada Khamis melibatkan pengguna di seluruh dunia pagi tadi. Gangguan itu menyebabkan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses perkhidmatannya. Pengguna di utara Eropah dan Brazil dikesan paling terjejas. Syarikat itu bagaimanapun berjaya memulihkannya kurang satu jam kemudian. WhatsApp, anak syarikat Facebook Inc, dilapor mempunyai 1 bilion setiap hari di seluruh dunia dan merupakan antara aplikasi permesejan paling popular di dunia.