Tutup

APM tubuh 49 pasukan penyelamat pantai seluruh negara

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menubuhkan 49 pasukan penyelamat pantai (Lifeguard) di seluruh negara bagi menjaga keselamatan orang awam ketika melakukan aktiviti di air. Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Roslan Wahab berkata pasukan itu dianggotai oleh anggota sukarela APM yang telah dilatih oleh pegawai bertauliah mengikut piawaian antarabangsa bagi tujuan penyelarasan prosedur penyelamatan.