APMM aktifkan SAR cari pemancing hilang di laut

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas bot pam dinaiki bersama rakannya dipukul ombak pada Sabtu lalu. Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata mangsa hilang Herman Gasim, 31, bersama rakannya Mazlan Mohamad keluar memancing sebelum bot dinaiki karam, lebih kurang dua batu nautika dari Pantai Kampung Bangigod, Tungku dekat sini pada 12.50 tengah hari.