APMM tahan 63 nelayan Vietnam dan rampas enam bot

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara bagi menahan 63 nelayan asing yang menceroboh perairan negara. Penahanan enam buah bot Vietnam pada Jumaat dan Sabtu itu merupakan tangkapan terbesar setakat ini.